Monday, September 3, 2007

PETEMPATAN

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI LETAKAN BANDAR
  • Bentuk muka bumi tanah pamah yang rata sesuai untuk membina bangunan.
  • Terlindung dari ribut / taufan.
  • Terdapat sumber bahan mentah i.e. petroleum, arang batu, bijih timah.
  • Kawasan yang kaya dengan perikanan.
  • Kawasan pelancongan.
  • Sejarah - bandar awal.
  • Terdapat jalan pengangkutan - jalan raya yang menghubunginya dengan bandar lain.
  • Perkembangan industri kilang yang menggalakkan migrasi.
  • Terletak berhampiran dengan pelabuhan / lapangan terbang untuk tujuan eksport dan import.
  • Pusat pendidikan - terdapat institusi pengajian tinggi yang menggalakkan migrasi.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN BANDAR
  • Faktor sejarah - spt petempatan awal.
  • Kedudukan yang strategik spt laluan pedagangan timur barat.
  • Pusat pengumpulan sumber milneral / hasil pertanian.
  • Migrasi penduduk dari desa.
  • Pusat pentadbiran / ibu negeri.
  • Kadar pertumbuhan semulajadi penduduk tinggi.
  • Kadar kelahiran dan kematian rendah.
  • Terdapat industri kilang yang menggalakkan migrasi dari luar bandar.
  • Perkembangan jalan pengangkutan / pusat jalan raya dan keretapi. Pusat pendidikan / perdagangan / kebudayaan / agama.
  • Peranan Majlis perbandaran.
  • Penubuhan bandar satelit.


KESAN ALAM SEKITAR AKIBAT URBANISASI/PERBANDARAN

Pada awal pembukaan kawasan hutan ditebang menyebabkan:
  • kepupusan pokok berharga
  • kemusnahan habitat haiwan
  • kepupusan binatang.
  • Menjejas rantaian makanan haiwan
  • peningkatan suhu kerana kurang proses fotosintesis, sejat peluhan, menyerap haba dan pertambahan karbon monoksida.
  • Hakisan tanah giat berlaku apabila hujan kerana tanah yang terdedah kepada hujan, angin dan pancaran matahari.
  • Sungai menjadi keruh dan cetek kerana mendapan kelodak.
  • Banjir kilat mudah berlaku kerana sungai cetek.
  • Berlaku pencemaran bunyi akibat penambahan kenderaan.
  • Berlaku pencemaran udara kerana kenderaan / kilang yang mengeluarkan karbon monoksida,nitrogen oksida,sulfur dioksida.
  • Suhu meningkat kerana berlaku Pulau Haba Bandar.
  • Sungai tercemar kerana pembuangan sisa toksid dari kilang.
  • Wujud kawasan setinggan kerana kenaikan harga rumah.

Demografi

Demografi ialah satu pengkajian tentang kependudukan manusia,
terutama fertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian) perkahwinan
dan migrasi. Demografi melibatkan pengkajian yang saintifik tentang saiz,
penyebaran ruang dan komposisi dan bagaimana ketiga-tiga komponen
ini berubah mengikut masa.
pada asasnya demografi ialah pengkajian yang saintifik dan statistikal tentang
fertiliti, mortaliti serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah
mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan
manusia.
Ahli demografi biasanya mementingkan statistik tentang fertiliti,
mortaliti dan migrasi kerana ketiga-tiga pemboleh ubah ini ialah komponen
yang melibatkan perubahan kependudukan. Komponen ini diukur
melalui kadar kelahiran, kematian dan perpindahan penduduk yang
menentukan saiz kependudukan, komposisi umur dan bagaimana sesuatu
kependudukan itu berkembang. Seorang ahli demografi selalunya
bertanya, “Berapa ramai lelaki dan perempuan sekarang”, “Di mana
mereka”, “Berapaumurnya”, “Berapakah kelahiran telah berlaku dan oleh
siapa?”, “Apakah sifat mereka yang telah mati atau berpindah?” dan
“Mengapa dan bagaimana mereka berubah”.
John Graunt (1620—1674), menjawab soalan seperti ini pada kurun
ke- 17. Umpamanya, dia menganggarkan penduduk London pada masa itu
ialah seramai 199 000 orang lelaki dan 185 000 orang perempuan serta
mendapati kelahiran anak lelaki lebih ramai daripada anak perempuan
antara tahun 1628 hingga 1662. Graunt ialah seorang peniaga kain dan asas
ilmu hisab yang ada padanya digunakan untuk membuat anggaran tentang
kelahiran dan kematian. Tetapi, oleh sebab pengiraannya bersifat demo
grafik, dia sering dianggap sebagai bapa demografi moden.
Sebelum John Graunt, telah terdapat ahli-ahli falsafah China, Yunani
dan Arab purba seperti Kung Fu-Tze, Plato, Aristotle dan Ibnu Khaldun
yang membincangkan isu kependudukan yang sesuai pada masa itu.
Namun dengan kemunculan John Graunt, William Petty, Thomas Malthus,
Karl Marx dan William Fan, pengkajian terhadap demografi telah
mendapat sifat yang baru walaupun kaedah seperti yang dikenali sekarang
belum lagi begitu matang oleh sebab data seperti yang digunakan
oleh ahli demografi sekarang belum lagi wujud. Usaha merekodkan
peristiwa seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain
diselaraskan di seluruh dunia hanya pada tahun 1872 setelah disyorkan
oleh Institut Perangkaan Antarabangsa. Setelah syor ini dilaksanakan,
maka meningkat minat untuk mengkaji kependudukan manusia dan lahir
disiplin baru yang dikenali sebagai demografi.
Saiz kependuduka-kadar perubahannya, komposisi umur, aras fertiliti
dan mortaliti yang dapat disebut sebagai pembolehubah demografi
amat penting kepada sesebuah negara kerana pembolehubah ini
mempengaruhi faktor sosial, ekonomi, politik dan faktor lain. Pembolehubah
demografi ini amat penting terutama dalam perancangan
pembangunan, pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan aspek sosial yang
lain. Prasyarat yang penting sebelum perancangan ini dapat dilakukan
ialah kewujudan data yang dapat dipercayai.