skip to main | skip to sidebar

Development and Demography

Demografi dan pembangunan menghuraikan pertalian antara perubahan pada ciri-ciri dan struktur kependudukan dengan proses pembangunan yang berlaku dalam sejarah masyarakat yang memberi kesan kepada pembangunan ekonomi, sosial dan fizikal penduduk yang menyebabkan berlakunya perubahan-perubahan terhadap peranan kerajaan, masyarakat dan institusi kekeluargaan selari dengan arus pembangunan.

Tuesday, October 30, 2007

MeMoRi Di KoTa TiNgGi

Posted by Nursyahida bt yusoff @ akil at 2:53 PM No comments:
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

Look Me Again..

amazing hit counters
Office Depot Coupons

PENYELIDIK, (PELAJAR SAINS PEMBANGUNAN, TAHUN 3) UKM, BANGI

PENYELIDIK, (PELAJAR SAINS PEMBANGUNAN, TAHUN 3)  UKM, BANGI
NURSYAHIDA BT YUSOFF@ AKIL (A106082) Tutur Kata dari saya: Jutaan penghargaan dan ribuan terima kasih diucapkan kepada Pn. Marsitah Mohd Razi, Selaku Pensyarah Demografi & Pembangunan, yang telah banyak mengorbankan masa dan banyak memberi sokongan serta komen membangun lg bernas kepada kami dalam menghasilkan Blog yang sempurna. Semoga Pn. berpuas hati dengan apa yang telah kami semua tampilkan dalam blog masing-masing. Tidak Lupa Juga Kepada Prof. Hamzah yang telah banyak membantu kami dalam membuat pantaun di lapangan, semasa membuat Kajian Di Kota Tinggi, jutaan terima kasih kami ucapkan... Tanpa kalian siapalah kami... Doakan Kejayaan Kami Semua Pelajar sains Pembangunan Cemerlang & Berjaya dalam pelajaran serta dalam kerjaya kami masing-masing.... insyaALLAH... Amin..

MASA KEHIDUPAN


bigoo.ws

KALENDAR


Make a Photo Calendar at bigoo.ws

Senarai Istilah dalam Demografi

Istilah Keterangan

Fertiliti - Bilangan anak yang dilahirkan

Kesuburan - Kemampuan untuk melahirkan anak

Mortaliti - Bilangan kematian

Migrasi - Bilangan yang berpindah (sama ada
sementara atau tetap)

Banci - Penghitungan lengkap kependudukan
pada sesuatu masa tertentu

Bayi - Kanak-kanak yang belum merayakan hari
jadi pertama

umur - genap merujuk kepada umur hari jadi pertama.

Peristiwa penting - Kelahiran dan kematian.

pariti - Bilangan anak yang dilahirkan.

Blog Archive

  • ▼  2007 (6)
    • ▼  10/28 - 11/04 (1)
      • MeMoRi Di KoTa TiNgGi
    • ►  10/21 - 10/28 (2)
    • ►  10/07 - 10/14 (1)
    • ►  09/02 - 09/09 (2)

About Me

Nursyahida bt yusoff @ akil
welcome to my blog... I will show you about demography and development.
View my complete profile
 

Suasana di kg. Kelantan 5 bulan Selepas Banjir

Suasana di kg. Kelantan 5 bulan Selepas Banjir
keadaan rumah di kg. Kelantan yang belum putih sepenuhnya selepas banjir

Berita-berita banjir besar di Johor, Khasnya di Kota Tinggi.

Kota Tinggi 'tenggelam'
Dilulus Oleh:admin, Tuesday, January 16 @ 19:22:56 MYT


JOHOR BHARU: Daerah Kota Tinggi yang paling teruk dilanda banjir kali kedua di negeri ini, lumpuh apabila pejabat kerajaan, swasta dan premis perniagaan ditenggelami air menyebabkan semua urusan terpaksa dihentikan.

Sehingga semalam, bandar Kota Tinggi hanya boleh dimasuki dengan bot atau helikopter kerana paras air banjir yang dalam, malah sehingga mencecah tingkat dua deretan rumah kedai di sesetengah kawasan akibat limpahan air Sungai Johor yang memutuskan hubungan daerah itu dengan Johor Bahru dan Mersing.

Operasi Hospital Kota Tinggi (HKT) pula terhad kepada perkhidmatan pesakit luar dan hanya bergantung kepada bekalan elektrik dari set generator yang disediakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Pesakit yang dimasukkan ke wad hospital itu. dipindahkan ke Hospital Sultan Ismail (HSI) dan Hospital Sultanah Aminah (HSA).

Panglima 3 Divisyen Tentera Darat, Datuk Zulkifeli Mohd Zain, menyifatkan keadaan di Kota Tinggi amat buruk dan tidak pernah berlaku dalam sejarah negara apabila sebuah bandar ditenggelami air sehingga lebih lima meter.

Seramai 98 pegawai dan anggota dengan 12 bot tempur serta 15 trak ditempatkan di Kota Tinggi sejak Khamis lalu bagi membantu menyelamat dan memindahkan penduduk.

TERJEJAS: Pemandangan bandar Kota Tinggi yang tenggelam dilimpahi air banjir selepas hujan berterusan sejak Jumaat lalu.

Sementara itu, lebih 200 sekolah di seluruh Johor turut ditutup kerana dijadikan pusat pemindahan, dinaiki air atau tidak dapat dihubungi, manakala hampir 50 jalan di beberapa daerah masih ditutup untuk semua kenderaan.

Antara jalan yang masih ditutup ialah Jalan Seelong-Ulu Tiram, KM3 Jalan Ulu Choh-Gelang Patah, KM32 Bandar Tenggara, KM24 Jalan Kota Tinggi-Kulai, KM 26 Kota Tinggi-Kulai berdekatan Sungai Telor, KM40 Kota Tinggi-Johor Baharu di Kampung Batu 23, Jalan Tun Sri Lanang di Bandar Tenggara, KM 24 Jalan Mawai di Jalan Tun Habab dan KM 68.8 Jalan Kota Tinggi.

Sehingga jam 2 petang, 103,577 mangsa daripada 23,541 masih ditempatkan di 320 pusat pemindahan di seluruh negeri ini dengan 39,032 mangsa daripada 8,805 keluarga di 124 pusat pemindahan di Batu Pahat, Kluang (14,471), Johor Bahru (12,879), Kota Tinggi (12,206), Segamat (5,020), Mersing (8,413), Muar (5,346) dan Pontian (4,192).

Datuk Seri Najib Tun Razak pada sidang akhbar selepas melawat pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Parit Raja, Batu Pahat petang semalam, mengakui gelombang kedua banjir di Johor serius dan mengambil masa untuk pulih, tetapi bantuan negara asing tidak diperlukan dalam menangani bencana itu.

Sebelum itu, ketika ditemui pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Kurnia, Rompin, Pahang, Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan juga tidak akan mengisytiharkan darurat kerana mampu menguruskan bencana itu.

Bernama Dan Amdb Bantu Mangsa Banjir Di Kota Tinggi

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan AMDB Berhad hari ini bekerjasama membantu mangsa banjir di sini.
Seramai 40 keluarga dari sekitar kawasan perumahan Taman Ria di sini yang dilanda dua gelombang banjir, dua bulan lepas turut hadir menerima bantuan banjir berupa wang tunai dan sebuah beg barangan.

Bantuan banjir itu disampaikan Timbalan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab dan Pengurus Besar Kanan Operasi AMDB Mohd Shahreza Abdul Majid. Sumbangan bantuan banjir ini adalah usaha Bernama kali ketiga untuk membantu mangsa banjir di Johor.

Sebelum itu, Bernama telah menyampaikan bantuan banjir kepada penduduk di Muar dan Sembrong, di Kluang. Berucap pada majlis penyampaian bantuan itu, Shahreza berkata bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban mangsa banjir untuk mereka memulakan kehidupan semula. Katanya sebagai badan korporat, adalah menjadi tanggungjawab AMBD membantu mereka. – BERNAMA

ASAS ANALISIS DEMOGRAFI

ASAS ANALISIS DEMOGRAFI

Demografi ialah satu pengkajian tentang kependudukan manusia, terutama fertiliti (kelahiran), mortaliti (kematian) perkahwinan dan migrasi. Demografi melibatkan pengkajian yang saintifik tentang saiz, penyebaran ruang dan komposisi dan bagaimana ketiga-tiga komponen ini berubah mengikut masa. Terdapat pelbagai definisi demografi (United Nations 1958; Hawthorn 1970; Bogue 1969: Hauser & Duncan 1959). Walau bagaimanapun, kesemua definisi ini menyetujui bahawa pada asasnya demografi ialah pengkajian yang saintifik dan statistikal tentang fertiliti, mortaliti serta migrasi dan bagaimana komponen ini berubah mengikut masa serta mempengaruhi saiz dan taburan kependudukan manusia.

Ahli demografi biasanya mementingkan statistik tentang fertiliti, mortaliti dan migrasi kerana ketiga-tiga pemboleh ubah ini ialah komponen yang melibatkan perubahan kependudukan. Komponen ini diukur melalui kadar kelahiran, kematian dan perpindahan penduduk yang menentukan saiz kependudukan, komposisi umur dan bagaimana sesuatu kependudukan itu berkembang. Seorang ahli demografi selalunya bertanya, “Berapa ramai lelaki dan perempuan sekarang”, “Di mana mereka”, “Berapa umurnya”, “Berapakah kelahiran telah berlaku dan oleh siapa?”, “Apakah sifat mereka yang telah mati atau berpindah?” dan “Mengapa dan bagaimana mereka berubah”.

John Graunt (1620 hingga 1674), menjawab soalan seperti ini pada kurun ke- 17. Umpamanya, dia menganggarkan penduduk London pada masa itu ialah seramai 199 000 orang lelaki dan 185 000 orang perempuan serta mendapati kelahiran anak lelaki lebih ramai daripada anak perempuan antara tahun 1628 hingga 1662. Graunt ialah seorang peniaga kain dan asas ilmu hisab yang ada padanya digunakan untuk membuat anggaran tentang kelahiran dan kematian. Tetapi, oleh sebab pengiraannya bersifat demografik, dia sering dianggap sebagai bapa demografi moden.

Sebelum John Graunt, telah terdapat ahli-ahli falsafah China, Yunani dan Arab purba seperti Kung Fu-Tze, Plato, Aristotle dan Ibnu Khaldun yang membincangkan isu kependudukan yang sesuai pada masa itu. Namun dengan kemunculan John Graunt, William Petty, Thomas Malthus, Karl Marx dan William Fan, pengkajian terhadap demografi telah mendapat sifat yang baru walaupun kaedah seperti yang dikenali sekarang belum lagi begitu matang oleh sebab data seperti yang digunakan oleh ahli demografi sekarang belum lagi wujud. Usaha merekodkan peristiwa seperti kelahiran, kematian, perkahwinan dan lain-lain diselaraskan di seluruh dunia hanya pada tahun 1872 setelah disyorkan oleh Institut Perangkaan Antarabangsa. Setelah syor ini dilaksanakan, maka meningkat minat untuk mengkaji kependudukan manusia dan lahir disiplin baru yang dikenali sebagai demografi.

Saiz kependudukan kadar perubahannya, komposisi umur, aras fertiliti dan mortaliti yang dapat disebut sebagai pembolehubah demografi amat penting kepada sesebuah negara kerana pembolehubah ini mempengaruhi faktor sosial, ekonomi, politik dan faktor lain. Pembolehubah demografi ini amat penting terutama dalam perancangan pembangunan, pendidikan, kesihatan, infrastruktur dan aspek sosial yang lain. Prasyarat yang penting sebelum perancangan ini dapat dilakukan ialah kewujudan data yang dapat dipercayai.

KOMPOSISI KEPENDUDUKAN DAN PERISTIWA PENTING

Taburan statistik tentang individu dalam sesuatu kependudukan mengikut umur, jantina, status perkahwinan, pekerjaan dan butir-butir lain secara am dikenali sebagai komposisi kependudukan. Perubahan komposisi kependudukan ini berlaku akibat peristiwa yang dinamai peristiwa penting, iaitu peristiwa yang merujuk kepada kelahiran dan kematian. Peristiwa lain seperti perkahwinan dan perceraian ialah peristiwa yang mengubah komposisi kependudukan. Demikian juga perubahan dalam umur individu dan satu tahap ke tahap yang lain akan mengubah komposisi umur dalam kependudukan. Sesuatu kependudukan akan sentiasa berubah akibat pristiwa pen- ting in Oleh yang demikian, statistik tentang komposisi dan saiz kependudukan sentiasa merujuk kepada sesuatu masa. Data ini biasanyadiperoleh daripada banci penduduk dan kajian pensampelan. Banci penduduk ialah perhitungan penuh penduduk dalam satu kawasan geografi atau
politik, sementara kajian pensampelan mengambil kira responden mengikut sesuatu kaedah pensampelan. Kajian pensampelan biasanya lebih terperinci daripada banci penduduk, kerana kajian mi mengambil kira pemboleh ubah sosial dan ekonomi yang tidak diliputi dalam banci penduduk.

DATA DEMOGRAFI

Pada asasnya data demografi mempunyai tiga sumber utama:
(i) Banci penduduk.
(ii) Kajian persampelan.
(iii) Sistem pendaftaran.

Banci Penduduk

Perkataan census atau banci, pada mulanya berkaitan dengan cukai. Census berasal daripada perkataan Latin, censere yang bermakna penilaian atau cukai. Maka,jelas bahawa banci pada mulanya dijalankan untuk tujuan cukai. Banci turut digunakan untuk tujuan perkhidmatan tentera. Pada zaman keagungan Yunani banci digunakan bagi membilang orang lelaki untuk kegunaan peperangan dan juga untuk mengetahui jumlah kependudukan supaya makanan dapat diagihkan semasa kekurangan makanan. Pada han in banci adalah sulit dan maklumattentangnya digunakan bagi maksud perancangan pembangunan. Banci penduduk telah dilakukan sejak beribu-ribu tahun dahulu walaupun tujuannya berbeza-beza. Banci awal yang mempunyai rekod ialah Babylonia (4000 S.M.), China (3000 SM.) dan Mesir (2500 S.M.). Di Amerika Syarikat, Perlembagaan 1797 memerlukanbanci setiap sepuluh tahun. Hal mi merupakan sifat banci moden, iaitu banci diambil pada suatu jangka masa yang tetap bagi membolehkan perbandingan masa dibuat. Selain itu, sifat penting banci ialah perhitungan individu yangmenyeluruh dalam satu kawasan yang didefinisikan dan dijalankan serentak. Kegiatan banci di Malaysia mula dijalankan padatahun 1891 apabila banci yang meliputi Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Pulau Pinang, Melakadan Singapura dijalankan. Pada tahun yang sama Sabah
juga mengadakan bancinya. Sejak itu lapan lagi banci telah diadakan. Tetapi masalah yang berkaitan dengan data banci Malaysia ialah jangka waktu yang tidak sama. Umpamanyajangka waktu di antara tahun 1947 hingga 1957 tidak sama dengan tahun 1957 hingga 1970. Perkara mi menimbulkan masalah perbandingan temtama sekali dan segi kajian sin masa. Banci ialah satu cara mengumpul data dan sifat kependudukan.
namun, banci juga mempunyai kelebihan dan kekurangan. Kebaikan banci ialah dan segi perhitungan lengkap individu dan sifat kependudukan. Kebanyakan negara han in pensampelan dapat membenarkan penjadualan sifat kependudukan. Pensampelan terhadap kawasan atau daerah pentadbiran juga dapat dibuat untuk menerangkan atau mengukur perubahan kependudukan, perancangan bandar atau pembangunan wilayah dan pengkajian ekologi kependudukan manusia. Oleh itu, banci penting sekali bagi kawasan kecil. Antara keburukan menggunakan kaedah bancian ialah banci merupakan projek besar yang dijalankan oleh kerajaan dan memerlukan perbelanjaan yang juga besar umpamanya, Banci 1970 menelan belanja sebanyak RM14 juta. Pegawai banci biasanya tidak mempunyai banyak ruang untuk percubaan, oleh itu soalan yang dikemukakan ialah soalan piawai yang digunakan dan masa ke masa; berbeza dengan kajian pensampelan yang soalannya lebih terperinci dan mendalam. Banci juga tidak membenarkan pemeriksaan secara teliti. Olehitu, kebolehpercayaan data banci kadang-kadang diragukan. Kebolehpercayaan data banci dapat diukur dengan pelbagaiangka tunjuk seperti Whipple, Myerdan Kaedah Urus Setia Bangsa-Bangsa Bersatu.

Kajian Pensampelan

Kajian pensampelan lebih murah kerana kajian mi hanyasampel daripada keseluruhan kependudukan. Masalah utama yang dihadapi oleh kajian
pensampelan ialah masalah ralat yang tidak berbangkit kalau seluruh
kependudukan itu diliputi. Tetapi, oleh sebab sampelnya lebih sedikit,
kajian yang lebih terperinci dapat dilakukan. Umpamanya, banci
menunjukkan bilangan anak seseorang perempuan, tetapi kajian
pensampelan dapat menunjukkan setiap kehamilan dan kelahiran.
Kajian demografi biasanya digunakan bagi menilai ketepatan banci
dan data pendaftaran. Satu contoh kajian pensampelan ialah kajian KAP
(Knowledge, Attitude and Practice ofFamily Planning) iaitu satu kajian
untuk mengetahui pengetahuan, sikap dan amalan perancang keluarga.
Satu lagi kajian pensampelanyang dijalankan di seluruh dunia ialah kajian
WFS (World Fertility Survey), yang dianggap sebagai kajian sains sosial

Sistem Pendaftaran

terdapat tiga jenis sistem pendaftaran

i) pendaftaran penting

Banci dan persampelan menceritakan sifat penduduk pada suatu masa tertentu. tetapi pendaftaran penting ialah sumber utama tentang perubahan penduduk kerana sistem ini di kumpulkan sepanjang masa dan meliputi peristiwa seperti kematian, kelahiran, perkahwinan dan perceraian.

sistem pendaftaran ini penting terutama bagi pentadbir kesihatan awam yang cuba mencegah penyakit dan mengurangkan mortaliti. analisis data ini (sebab kematian, umur masa kematian, pekerjaannya) menjadi semakin berharga, tetapi di negara membangun kesukaran untuk mendapat sistem maklumat ini menyebabkan menjadi kurang di percayai. di Nigeria umpamanya, pendaftaran ini hanyalah bagi kawasan dalam majlis perbandaran sahaja. negara seperti sri lanka, Thailand dan Malaysia adalah antara negara di asia yang mempunyai sistem pendaftaran yang wajib.

ii) pendaftaran penduduk

Menurut pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu, satu pendaftaran penduduk yang lengkap ialah pendaftaran yang meliputi keseluruhan sifat individu sepanjang masa dan semua penerangan tentang peristiwa penting yang berlaku pada inddividu itu.

iii) statistik migrasi antarabangsa

statistik migrasi antarabangsa didapati daripada rekod ketibaan dan pemergian orang yang tiba di sempadan antarabangsa. orang yang melintasi sempadan ini terpaksa menunjukkan pasport dan mengisi borang tertentu. statisyik ini penting untuk melihat dan merancang kemudahan yang berkaitan dengan pelancongan.

Mohd. Shamsuddin Zahid Sopian. 1995. Asas Analisis Demografi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa & Pustaka.




Teori Kependudukan

Teori Kependudukan

Rom
Bagi Rom penduduk amat penting untuk negara kerana penduduk sebagai sumber kuasa
Memerlukan penduduk yang ramai kerana kekuatan negara melalui penaklukan, tentera yang kuat dan ramai.

China
Confucius – mempunyai konsep penduduk optima – pertanian
konsep kawalan kependudukan – melalui kematian akan menambahkan bekalan perkahwinan awal akan mendorong kepada kematian bayi
perbelanjaan perkahwinan tinggi akan mengurangkan kadar perkahwinan

Yunani
Konsep penduduk optima – Pluto- potensi kependudukan bagi mencapai pembangunan maksimum.
Melihat kependudukan dari aspek pertahanan, keselamatan dan kekuatan kerajaan penduduk harus mempunyai kawasan yang mencukupi untuk berdikari
Membincangkan cara kawalan saiz keluarga – kawalan kelahiran dan penjajahan pluto – sumber tanah tidak boleh di tingkatkan secepat peningkatan penduduk – jika penduduk tidak dikawal akan menyebabkan kemiskinan dan masalah sosial


Kristian
Melihat kependuduk dari segi aspek etika dan moral – menentang poligami,penceraian,pengguguran dan pembunuhan bayi.kepentingan mempertahankan kesucian wanita menekankan aspek pronatalis.

Islam
Pandangan tidak jauh beza dengan kristian Ibn Khaldoun – menekankan penduduk ramai bagi memajukan ekonomi,pembahagian buruh,ketenteraan dan keselamatan politik.
Penduduk ramai menjamin kehidupan yang lebih selesa
Penurunan dan peningkatan pendudukan bergantung kepada ekonomi
Membenarkan poligamidan lebih kepada pro natalis.

Teori Kelasik
Kaitkan kependudukan dengan perkembangan ekonomi
Tidak bersatu tetapi sependapat dengan hokum yang menentukan pengeluaran,upah,kadar bunga,sewa dan untung.
(Doomster) Malthus mengemukakan Hukum Pulangan Bertambah Kurang – perkembangan penduduk berasaskan geometry tetapi perkembangan sumber berasaskan arithmetic
Penduduk akan dihadkan oleh keperluan asas jika perkembangannya tidak dikawal
Jika upah melebihi keperluan asas kepandudukan dan penawaran buruh cenderung meningkat,peningkatan penawaran buruh ini akan seterusnya menurunkan kadar upah.
Keuntungan merupakan daya tarikan utama dalam perkembangan ekonomi dan pembentukan modal.Selagi pelaburan dijangka akan mendatangkan keuntungan,himpunan modal akan terus berlaku
Keritikan terhadap Malthus menimbulkan kumpulan kedua

Kumpulan kedua (Bloomster) – (Smith) Pertambahan penduduk akan memperluaskan pasaran,menggalakan ciptaan dan meningkatkan produktiviti
Pertambahan penduduk akan mendorong pembahagian buruh mengikut skala yang meningkatkan kecekapan (Everett)
Ricardo – kemerosotan keuntungan dalam pelaburan boleh diatasi dengan penggunaan teknoligi dan sains yang boleh meningkatkan pengeluaran dan kadar upah,seterusnya meningkatkan taraf hidup dan kependudukan
Teknologi berupaya menghalang situasi malar dalam ekonomi.

Neo Kelasik
Wujud setelah andaian dalam teori mula dipersoalkan terutama dalam abad ke 19,ia itu pada masa kelahiran mula menurun,penghijrahan merupakan sumber perkembangan penduduk yang penting dan makanan boleh diimport.
Isu masih lagi berkisar kepada konsep Malthus – mempersoalkan HPBK dan juga konsep keteris peribus (keseimbangan) kerana manusia berjaya mewujudkan hokum pulangan bertambah lebih.
Marshall – HPBK hanya yang berkait dengan alam tetapi bahagian yang dimainkan oleh manusia menunjukkan pulangan bertambah lebih.Pertambahan penduduk akan menyebabkan perkembangan industri,menggalakkan inovasi dan kebaikan kesan ekonomi melalui pembaikan organisasi – Pertambahan penduduk hanya memberi kesan negative jika penawaran hasil bumi tidak anjal.Pandangan ini ditentang oleh Wicksell sebagai tidak logik kerana tanggapan bahawa bahan mentah tetap sama.

Wicksell – HPBK akan pasti bertindak walaupun bukan dalam jangka masa terdekat
Budge – alam semulajadi menghalang kemajuan manusia dan bukannya institusi manusia – menolak tanggapan HPBK dapat diatasi melalui kebaikan teknik pertanian – merasakan setiap kemajuan teknikal mempunyai implikasi tersendiri.

Sosialist
Penduduk tidak mempunyai kaitan dengan perkembangan ekonomi
Perbezaan kelas dan penindasan dalam sistem Kapatalis menyumbangkan kepada kesensaraan
Sejarah manusia dipenuhi dengan petentangan kelas berasaskan teori ”Dialectic Materialism”.Kelas maju akan menindas kelas mundur – wujud golongan proletariat dan bourgeoise.
Pertambahan penduduk berlebihan boleh diatasi dengan aturan sosial yang sempurna
Pengangguran disebabkan penswastaan dan persaingan bebas
Sains seharusnya memperbaiki dan dan bukan mensensarakan manusia

Marx & Engles – tiada teori tentang kependudukan tetapi marangka prinsip yang menentukan kependudukan,hubungan sosial dan ekoniomi – Kependudukan ditentukan oleh keadaan sosial dan ekonomi.


Marx – lebihan penduduk menyebabkan pengangguran berlaku dalam tiga keadaan,terpung,tersembunyi,tenang.

Terapung – mereka yang diambil alih oleh jentera
Tersembunyi – mereka yang bergiat dalam sektor pertanian dalam usaha berhijrah ke bandar
Tenang – mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan berada dalam taraf hidup rendah
Perbezaan kelahiran dan kematian dalam kelas pekerja ditentukan oleh kedudukan sosial,taraf hidup,keadaan pekerjaan dan faktor sosial lain
Melihat kuasa pengeluaran manusia tidak terbatas dan menolak HPBK tetapi kesensaraan disebabkan sistem kapatalis
Penekanan kepada penyusunansemula masyarakat