FERTILITI
Istilah Fertiliti yang digunakan adalah berhubung dengan kelahiran. dalam erti kata yang mudah fertiliti merujuk kepada bilangan sebenar kelahiran yang berlaku kepada seseorang wanita. atau pasangan suami isteri.Terminologi fertiliti sering kali disalah erti dengan kesuburan atau fecundity. Kesuburan pada hakikatnya ialah kemampuan seorang wanita untuk melahirkan anak (Shryock & Siegel 1975; Pressat 1972:172) Dengan demikian, terminologi fertiliti tidak boleh digunakan silih berganti dengan kesuburan, kerana pada konsepn6ya kedua-dua berbeza. fertiliti seseorang adalah terhad kepada kesuburannya dan biasanya lebih rendah daripada kemampuannya untuk mempunyai anak.
FAKTOR YANG MEMPENGARUHI FERTILITI
Aras fertiliti dalam sesuatu kependudukan bergantung pada beberapa faktor demografi. Antaranya ialah:
i) Taburan Umur dan Jantina
Hayat keberanakan seseorang perempuan biasanya ialah antara 15 hingga 49 tahun. Oleh itu kadar orang perempuan dalam kumpulan umur ini penting sebagai petunjuk kepada aras fertiliti.
ii) Perkahwinan
Selain taburan umur dan jantina, bilangan pasangan yang berkahwin penting kepada aras fertiliti dalan sesuatu kependudukan. faktor ini penting terutamanya sekali bagi kependudukan yang kadar fertiliti luar nikahnya kecil seperti di Malaysia.
iii) Tempoh Perkahwinan
oleh sebab fertiliti di Malaysia sebahagian besarnya ialah fertiliti perkahwinan, tempoh sesuatu pasangan berada dalam perkahwinan penting bagi menentukan aras fertiliti. dari segi ini, kadar perceraian yang tinggi dalam sesuatu kependudukan boleh menyebabkan kadar kelahiran terencat.
iv) Pariti
Pariti bermakna bilangan anak yang telah dilahirkan. jika seseorang perempuan mempunyai dua oarng anak, ia dikatakan berada pada pariti dua. Pariti penting dalam menentukan fertiliti kerana dalam fertiliti yang terawal, saiz keluarga biasanya dihadkan mengikut nilai sosial pada sesuatu ketika. kalau nilai sosial pada sesuatu ketika tidak menggalakkan bilangan anak yang ramai, saiz famili biasanya kecil dan dengan itu pariti menentukan kelahiran seterusnya.
v) Jantina Anak
Jantina anak dalam sesebuah keluarga amat menentukan kelahiran seterusnya, seperti juga bilangan anak. dalam konteks sosio budaya, keluarga akan cuba untuk mendapatkan anak jika mereka masih belum mempunyai anak lelaki atau perempuan. percubaan untuk mendapatkan anak ini secara positifnya akan mempengaruhi aras fertiliti.
Secara kesimpulannya, faktor yang mempengaruhi fertiliti sangat bergantung pada nilai sosiobudaya dan ekonomi sesuatu masyarakat pada sesuatu ketika. jantina anak dan bilangan anak paling kuat dipengaruhi oleh nilai ini.
Wednesday, October 24, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment