Wednesday, October 24, 2007

MORTALITI

Mortaliti

Pengkajian demografi secara saintifik bermula dengan kaijian terhadap mortaliti (kematian). kajian John Graunt dalam Natural and Political Observations Made Upon The Bills Of Mortality pada tahun 1662, dianggap sebagai tahap mula analisis mortaliti dan juga demografi. The Bills Of Mortality bagi London bermula pada awal abad ke-16 dan menyediakan statistik tentang jumlah pengkebumian bagi setiap parish. Tujuan Utama pengumpulan statistik ini untuk mengetahui jumlaj kematian akibat wabak mengikut kawasan yang sangat berleluasa pada masa itu. John Graunt, sebagai seorang saudagar kain memang mempunyai kepentingan ekonomi daripada usahanya itu. dia mahu memastikan berapa banyak kain putih yang hendak disimpan dan beberapa banyak pula yang hendak dipesan dan dengan demikian dia dapat menjamin keuntungan meksimum. walaubagaimanapunj Graunt dianggap sebagai bapa demografi moden oleh sebab sifat pengkajiannya itu.

pada abad ke-20 ini, penyelarasan terhadap peraturan dan klasifikasi sebab kematian merupakan tanggungjawab agenti antarabangsa. Dahulu tugas ini dilaksanakan oleh International Statistical Institute dan The Leaguage of Nations dan sekarang World Health Organisation mengambil alih tugas tersebut. pada hari ini, laporan kematian mesti memberikan maklumat seperti umur, jantina, tempat tinggal si mati, sebab kematian, tarikh dan tempat mati serta tarikh pendaftaran. Selain itu, penerangan lain juga diperlukan iaitu taraf perkahwinan, pekerjaan dan industri, taraf pekerjaan, pendidikan, jumlah anak (bagi perempuan), umur isteri atau suami (kalau berkahwin.

Apabila melihat sebab kematian, amat penting untuk membezakan antara sebab yang tersirat dan sebab yang tersirat dan sebab yang tersurat. sebab yang tersirat ialah sebab yang dapat menimbulkan masalah lain yang membawa kepada kematian dan sebab yang tersurat ialah sebab yang secara langsung membawa kepada kematian. sebagai contoh, seorang penghidap kencing manis telah terlibat dengan kemalangan jalan raya dan kakinya patah. akibat keadaan kencing manisnya itu, kakinya yang patah telah mendatangkan masalah kesihatan yang lain dan akhirnya membawa kepada kematian. dengan itu, penyakit kencing manis dapat dikatakan sebagai sebab yang tersirat dan kemalangan yang menyebabkan kakinya patah sebagai sebab yang tersurat.

Satu masalah berhubung dengan kematian ialah pendaftaran yang tidak lengkap. keadaan ini wujud di kebanyakan negara yang kes kematiannya tidak berlaku di hospital atau tidak disahkan oleh pighak hospital atauu tidak di hadiri oleh doktor. keadaan ini biasanya berlaku dalam komuniti yang mempunyai kadar buta huruf yang tinggi dan aras ekonomi yang rendah akibatnya kajian mortaliti yang dilakukan bergantung kepada maklumat daripada tinjauan dan kaedah pengumpulan maklumat secara tidak langsung.

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI MORTALITI

Selain umur dan jantina terdapat faktor lain yang membezakan mortaliti. Ras dan pekerjaan merupakan faktor tersebut. Di Malaysia perbezaan mortaliti mengikut ras memang sangat jelas kerana perbezaan tempat tinggal pendapatan, pemakanan dan kualiti hidup pada keseluruhannya. pekerjaan juga menunjukkan perbezaan dalam mortaliti. Namun, pengkajian dan penulisan yang menghubungkan kadar kematian dengan pekerjaan sangat kurang dilakukan kerana masalah data.

Antara faktor lain yang mempengaruhi mortaliti ialah

Taraf Perkahwinan

pada umumnya orang yang berkahwin mempunyai kadar mortaliti yang lebih rendah berbanding dengan orang yang tidak berkahwin. hal ini disebabkan oleh faktor pemilihan iaitu orang yang lebih sihat dipilih dahulu untu menjadi pasangan hidup dan mungkin juga orang yang berkahwin mengalami keadaan hidup yang lebih baik berbanding dengan orang yang tidak berkahwin.


Tempat Tinggal

perbezaan kadar mortaliti antara bandar dan desa adalah kerana perbezaan dalam kualiti hidup dan juga kemudahan kesihatan yang ada, tetapi apabila kemudahan asasi di tingkatkan di desa, perbezaan ini menjadi semakin kecil.


Kualiti Hidup

Apa yang dimaksudkan dengan kualiti hidup ialah keseluruhan alam sekitar yang dapat mempengaruhi penghidupan seseorang termasuklah pemakanan, keadaan tempat tinggal, kemudahan kesihatan, pembentungan najis dan lain-lain. pada amnya semakin baik kualiti hidup semakin rendah kadar mortaliti


Faktor genetik

Beberapa penyakit dapat diturunkan melalui genetik. walaubagaimanapun, faktor ini sangat rendah kesannyaa dan dapat dianggap sebagai minimum dalam pengkajian mortaliti.

No comments: